Sabtu, 12 November 2011

Rancangan Pelajaran Harian Dunia Sains Dan Teknologi Tahun 2

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN
DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 2

Mata Pelajaran dan Kelas :     Dunia Sains dan Teknologi Tahun Dua

Tema/ Tajuk :                          Sains Hayat /Haiwan 

Masa :                                     2 waktu

1.            Standard pembelajaran:  2.1.1 , 2.1.2, 2.1.3 dan 2.1.7

2.            Objektif pembelajaran:
            Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat:
l.      menyatakan keperluan asas haiwan iaitu makanan, air, udara dan tempat perlindungan.
ll.    menyatakan kepentingan keperluan asas kepada haiwan
lll.   memberi contoh haiwan dan makanan yang di makan.

3.            Aktiviti pengajaran dan pembelajaran:

Aktiviti 1

1.    Guru menunjukkan rakaman video “ National Geography ” – Singa memakan mangsa.
2.    Guru bersoaljawab dengan murid tentang video tersebut:-
Contoh : -
            Guru    : Apakah yang sedang dilakukan oleh singa tersebut?
            Murid   : Singa sedang makan,cikgu.

            Guru    : Kenapa singa makan lembu tersebut?
            Murid   : Sebab dia lapar,cikgu.

            Guru    : Apa yang akan terjadi jika singa itu tidak makan?
            Murid   : Singa mati, cikgu.

Guru    : Apa lagi yang singa perlu untuk hidup di kawasan padang    
  rumput?

3.    Guru membimbing pelajar untuk menyatakan keperluan asas bagi haiwan ialah makanan, air,udara dan tempat perlindungan serta kepentingan keperluan asas tersebut dengan bantuan persembahan “ Power Point

4.    Guru menunjukkan gambar beberapa jenis makanan dan meminta murid menyatakan haiwan apakah yang memakan makanan tersebut.( Guru membantu murid-murid memilih menyatakan haiwan yang betul bagi setiap gambar makanan yang ditunjukkan )

5.    Murid menjawab Lembaran Kerja 1 dan 2

6.    Bagi pelajar yang tidak menguasai, murid tersebut diminta menjawab Lembaran Kerja 3.

7.    Semua pelajar diberikan Lembaran Kerja 4 sebagai pengayaan sebelum tamat kelas.



4.         Elemen Merentas Kurikulum (EMK):
TMK
5.         Bahan Bantu Belajar:
1) Video “ National Geography ” – Singa menangkap mangsa
2) Gambar keperluan asas haiwan – “Power Point Presentation
3) Lembaran Kerja 1 dan 2 = Pentaksiran
4) Lembaran Kerja 3 = Pemulihan
5) Lembaran Kerja 4 = Pengayaan



6.         Penilaian pengajaran dan pembelajaran:
Menggunakan Lembaran Kerja 1 dan 2
7.         Refleksi:
                        l.          15 orang murid mencapai objektif pembelajaran 1 dan 2.
ll.          5 orang murid diberi bimbingan untuk menjawab Lembaran Kerja 3





Bahagian Tubuh Manusia