SIRATAN
MAKANAN HIDUPAN MARIN
Rantaian makanan merujuk kepada
pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia, dan beberapa jenis sebatian daripada
satu organisma kepada organisma yang lain di sepanjang satu hala. Manakala,
siratan makanan pula merujuk kepada pemindahan tenaga, elemen-elemen kimia
dalam satu jaringan yang kompleks yang terdiri daripada beberapa rantaian
makanan yang saling berkaitan dan berinteraksi.
Gabungan daripada beberapa rantaian
makanan akan mewujudkan siratan makanan dalam ekosistem tersebut. Terdapat
tiga kumpulan yang terlibat dalam membentuk satu rantaian makanan iaitu:-
- Pengeluar
- Pengguna
- Pengurai
Berikut merupakan contoh siratan
makanan bagi hidupan marin.
Siratan Makanan Marin
1. Pengeluar
Pengeluar dikenali sebagai tumbuh-tumbuhan.
Ia mampu menghasilkan makanannya sendiri dengan bergantung kepada alam
persekitarannya yang tidak bernyawa seperti cahaya matahari, nutrien dalam
tanah, air dan lain-lain melalui proses fotosintesis. Pengeluar merupakan
sumber yang paling penting di dalam membentuk suatu siratan makanan. Pengeluar
dalam siratan di atas ialah fitoplankton.
2. Pengguna
Pengguna merangkumi benda hidup
selain daripada tumbuh-tumbuhan iaitu manusia dan haiwan. Ia boleh dipecahkan
kepada tiga kumpulan iaitu:-
a) Pengguna Primer (Herbivor)
Herbivor merupakan pengguna yang
berada ditahap paling bawah, biasanya merangkumi binatang yang hanya memakan
agen pengeluar. Pengguna primer di dalam siratan makanan di atas ialah
zooplankton, kerang dan ikan kecil.
Zooplankton
|
Kerang
|
Ikan Kecil
|
b) Pengguna Sekunder
(Karnivor)
Karnivor merupakan haiwan yang
berada pada tahap kedua iaitu selepas pengguna primer. Ia biasanya akan
mendapat makanan dengan memakan pengguna primer. Berikut adalah pengguna
sekunder bagi siratan makanan di atas:-
a) Anak Ikan
b) Ikan Kecil
c) Burung
d) Singa Laut
e) Ikan Paus
Anak Ikan |